autumn in my heart

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

jom layan

Monday, 9 December 2013

Tour to JUPEM





Makhluk yang bernama SEMUT>>


KEHEBATAN SEMUT

Semut mampu mengangkat benda seberat 10 kali berat dirinya.

Semut bergerak 24 jam sehari. Kecepatan berjalan semut, 0,5 km/jam dengan volume yang 1/130, maka kecepatan semut seukuran manusia adalah 80km/jam. Dalam berduel semut mampu mengimbangi binatang atau serangga musuh 5 kali lebih besar dari dirinya (kecuali lebah, laba-laba dan lipan). 

Apabila diluruskan sarang semut sepanjang 7km. Ternyata binatang yang terlemah dan tak tenar ini sebenarnya adalah yang terkuat di muka bumi. Kalau tidak salah ada juga semut ini disebutkan dalam kitab suci. Kelihatannya pantas karena memang binatang super. Bisa jadi mungkin ada hikmah dibalik kitab suci pada semut, mungkin kita supaya sering merenungkan sifat semut, yang tidak terkenal tapi setia, pekerja, dan kuat.
Semut merupakan salah satu jenis serangga yang namanya dijadikan nama salah satu surah di Al Qur’an, yaitu surah An-Naml. Dinamakan An-Naml (semut) karena pada ayat 18 dan 19 surah ini berisikan tentang kisah seekor pemimpin semut yang menginstruksikan anak buahnya untuk segera masuk sarang karena nabi Sulaiman as dan tentaranya akan melewati tempat itu. Nabi Sulaiman as yang mempunyai mu’jizat bisa mengerti suara hewan kemudian merasa takjub atas kejadian tersebut dan mengucapkan syukur kepada Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat kepadanya.

“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari. Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS. An Naml: 17-18)
 
SUBHANALLAH:>>http://cahayacintadiuswatunhasanah.blogspot.com/2012/09/kehebatan-semut.html

TARGEDI TANAH RUNTUH


Cameron Highlands: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui.

Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.

Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.

Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan remaja perempuan, Strry Priry, 15.

Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar ke tempat kejadian.

Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat.

Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian. -hm

Sunday, 8 December 2013

BAGAIMANA MAHU JADI BERTENAGA DAN GEMBIRA SETIAP HARI?
Rasulullah s.a.w bersabda: "Syaitan mengikat hujung tengkuk orang yang tidur di kalangan kamu dengan TIGA ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan itu" (untuk menguatkannya sambil berkata)," Malam masih panjang, teruskan tidur!". 
Jika orang itu bangun lalu BERZIKIR menyebut nama Allah,maka terungkailah satu ikatan. Jika dia BERWUDHUK, terungkailah ikatan berikutnya. Jika dia SOLAT, maka terungkailah semua ikatan. Maka pada pagi itu, dia akan menjadi cergas dan gembira. Jika tidak, dia akan berpagi dalam keadaan jiwa yang kacau dan malas."

- Riwayat Bukhari -

NAPIC

NAPIC merupakan akronim kepada National Property Information Centre atau Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. NAPIC ditubuhkan atas gesaan 

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berkehendakkan sebuah pusat maklumat harta tanah ditubuhkan bagi tujuan memantau pertumbuhan industri harta tanah di seluruh negara. Pada bulan Mei 1999, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 yang membolehkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menubuh dan menyelenggara sebuah pusat maklumat harta tanah di bawah kawal selia dan tanggungjawab Ketua Pengarah Penilaian. Selaras dengan pindaan Akta tersebut, Kaedah-kaedah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah dipinda dan diwartakan pada 9 September 1999. NAPIC memulakan operasinya diseluruh negara pada 1 Oktober 1999.

Objektif penubuhan NAPIC ialah untuk menyediakan maklumat tepat, komprehensif dan menepati masa serta memberi gambaran yang betul mengenai permintaan dan penawaran pasaran harta tanah kepada agensi kerajaan, pemaju harta tanah dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan industri harta tanah.


http://napic.jpph.gov.my/portal/content/About_Us_EN/images/box_yellow.jpg
Objektif

Objektif NAPIC ialah untuk menyediakan maklumat yang tepat, komprehensif dan menepati masa berkaitan dengan permintaan dan penawaran pasaran harta tanah dalam negara kepada agensi kerajaan, para pemaju harta tanah dan semua pihak yang berkaitan dengan industri harta tanah.

http://napic.jpph.gov.my/portal/content/About_Us_EN/images/box_yellow.jpg
Visi

Visi NAPIC adalah untuk menjadi sumber utama data yang berkualiti dan menjadi autoriti berkenaan informasi pasaran harta tanah negara. Visi ini selaras dengan visi korporat JPPH untuk menjadi sebuah organisasi penilaian bertaraf dunia.

http://napic.jpph.gov.my/portal/content/About_Us_EN/images/box_yellow.jpg
Kenyataan Misi
  • Sentiasa membekal data harta tanah yang komprehensif, berkualiti dan terkini;
  • Sentiasa mengeluarkan produk yang menepati masa dan relevan untuk memenuhi keperluan industri harta tanah dan
  • Sentiasa memberi gambaran yang sebenar tentang permintaan dan penawaran harta tanah.
http://napic.jpph.gov.my/portal/content/About_Us_EN/images/box_yellow.jpg
Fungsi
  • Mengumpul data tentang permintaan dan penawaran harta tanah daripada pelbagai pihak.
  • Membangun dan menyelenggara gudang data stok harta tanah negara.
  • Membekal data yang tepat, komprehensif dan menepati masa kepada agensi kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam industri harta tanah.
  • Mengeluarkan terbitan informasi harta tanah secara tetap.
  • Menasihati kerajaan tentang pembangunan harta tanah negara.
  • Meningkatkan tahap kefahaman awam tentang kepentingan data harta tanah kepada pembangunan industri harta tanah negara.

                      


Wednesday, 4 December 2013



Definisi Tanah Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara


Permukaan bumi dan semua benda yang menjadi permukaan bumi tersebut;
- Bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya;
- ​Segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
- Segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi; dan
- Tanah yang dilitupi air.
Tanah boleh dibahagikan kepada 5 kumpulan utama iaitu: tanah milik (tanah yang mempunyai hakmilik berdaftar), tanah lombong (tanah yang diberi pajakan lombong), tanah rizab (tanah yang dirizabkan untuk maksud awam di bawah Seksyen 62 KTN), tanah rizab hutan (tanah rizab yang diwarta di bawah Akta Perhutanan 1984) dan tanah kerajaan (semua tanah dalam negeri selain dari tanah rizab, tanah milik dan tanah rizab hutan). Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9, Senarai 2, menyatakan bahawa segala hal ehwal dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 KTN memperuntukkan penubuhan Majlis Tanah Negara sebagai forum untuk penyeragaman dasar-dasar untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Ini selaras dengan hasrat 1Malaysia ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ supaya segala tindakan atau pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri akan mengambil kira keperluan dan kepentingan semua rakyat di seluruh Negara.



http://www.nre.gov.my/SiteCollectionImages/NRE2013/bannerNRE.png


Monday, 18 November 2013

~~We are new blogger(^____^)

ASSALAMUALAIKUM....

大家好....


Welcome to Anak Bumi



Alhamdulillah,,dengan sokongan dan sedikit 'paksaan' maka lahirlah blog kami yg tak seberapa ni(under construction). Insya Allah akan sentiasa ada penambahbaikkan.**
kami budak tanah so apa yang kami akan share??
For sure la yang bersangkut belit ngan tanah kan...:)


*geng-geng tanah


 kami nak cerita pasal kami.:~~ Kami pelajar yang muda-muda(nad,dayah,yap) yang ambik sarjana muda sains pentadbiran dan pembangunan tanah kt Universiti Teknologi Malaysia. Moga perkongsian yang sedikit ni boleh beri manfaat kepada kamu,dia dan mereka..<3


#kamibudakbarubelajar